Pengumpulan Maklumat Personal Alumni ...

Semua lepasan Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit... Sila nyatakan perkara-perkara berikut bagi menyenangkan pengumpulan data... Sila emailkan data tersebut kepada quberscout@gmail.com
Nama Penuh: ................................................
Pengajian : ...................................................
Sesi : ..............................................................
Alamat Rumah : ...............................................
Alamat Sekolah : .............................................
Email : .........................................................
URL : ..............................................................
Catatan : .........................................................

Sunday, February 1, 2009

Pengisytiharkan nama Datuk Razali Ismail pada dua institusi

Written by biamin@ipkt.edu.my Fri, 16 Jan 2009
KUALA TERENGGANU: Hasrat untuk mengabadikan nama bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau semasa hayatnya, direalisasikan hari ini.
Pada majlis di Institut Pendidikan Guru Kuala Terengganu di sini, nama Institut Pendidikan Guru Kampus Kuala Terengganu ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Datuk Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.
Pengisytiharan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada majlis tersebut, beliau berkata pertukaran nama dua institusi pendidikan itu amat wajar dan tepat sebagai mengenang jasa dan pengorbanan seorang anak watan yang telah banyak berjasa terhadap bidang pendidikan di negara ini, khususnya di Terengganu.
"Keputusan Kementerian Pelajaran untuk menamakan dua institusi ini dengan nama adalah amat dekat dan amat tepat sekali.
"Mudah-mudahan dengan nama ini sudah terpahat pada Sekolah Menengah Bandar dan Institut Pendidikan Guru Kuala Terengganu, maka kenangan kepada Datuk Razali Ismail akan kekal abadi di kalangan kita dan generasi akan datang," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan akan mengkaji segala pemikiran serta gagasan Allahyarham Razali dalam bidang pendidikan untuk diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan pelaksanaan sekiranya didapati mendatangkan manfaat kepada bidang itu.
"Allahyarham adalah seorang yang berwawasan, mampu untuk berfikir dengan tajam dan bernas, mengeluarkan ideaidea serta gagasan yang amat berguna," katanya.
Suasana dalam dewan yang pada awalnya ceria ketika menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri bertukar menjadi sayu semasa klip video sejarah perjuangan dan pengkisahan allahyarham Razali ditayangkan dengan ada antara tetamu dilihat mengesat air mata.
BERNAMA

No comments: