Salam kerinduan buat semua teman. Saya merupakan salah seorang pelajar MPKTBR 94/97. Hampir 15 tahun berlalu dan di sinilah kita bermula dan bertemu.
Jika dilihat sekarang, ramai yang sudah berkeluarga dan anak pula sudah besar-belaka. Ada antara kita sudah diruang lingkup 'Guru Veteran'. Mengajar pula di serata ceruk rantau negara. Ada pula yang sudah menjadi pegawai, guru besar dan GPK. Ada yang telah beralih angin ke pekerjaan lain. Ada pula yang telah meninggalkan kita buat selamanya.
Setelah keluar dari MPKTBR, memang kita betul-betul terpisah. Nak berhubungpun sukar. 15 tahun yang lalu, bukan sahaja tak ada email malah tiada telefon bimbit seperti sekarang ini. Ada ramai yang ke Sabah, Sarawak dan kawasan pendalaman. Kesusahan telah kita alami dan kini, stidaknya kita bersyukur dengan apa yang ada. Group 94/97 dulu merupakan kumpulan pertama menganggur selepas tamat Maktab. Hampir 4 bulan, belum posting. Saya sempat juga bekerja 3 bulan di Kilang Kereta Pekan. Sempat buat 25 unit pertama Lori HICOM. Sempat juga jadi leader di situ dan terima gaji hampir REM2000 sebulan..
Bila posting, macam-macam cabaran yang kita hadapi. Ramai rakan-rakanku ke Sabah dan Sarawak. Kelas PM2 ramai yang ke utara.Begitulah perubahan yang berlaku. Syukurnya sekarang, kita dapat berhubungan lagi setelah adanya FACEBOOK. Barulah kita bertemu dan berhubungan kembali. Terubat kerinduan.
Saya mengharapkan Blog Alumni MPKTBR ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk kita bersatu kembali dan mengikatkan kembali tali persaudaraan.
Laman blog ini diwujudkan dengan tujuan untuk memanjang serta mengukuhkan ikatan persaudaraan yang telah dipupuk di Teratak Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit... Jika anda berminat untuk bersama dalam persaudaraan MPKTBR serta mempunyai sebarang maklumat sila panjang-panjangkan informasi ini. Disamping itu juga semoga weblog ini berfungsi juga sebagai direktori X-"student" MPKTBR ... ADMIN
Pengumpulan Maklumat Personal Alumni ...
Semua lepasan Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit... Sila nyatakan perkara-perkara berikut bagi menyenangkan pengumpulan data... Sila emailkan data tersebut kepada quberscout@gmail.com
Nama Penuh: ................................................
Pengajian : ...................................................
Sesi : ..............................................................
Alamat Rumah : ...............................................
Alamat Sekolah : .............................................
Email : .........................................................
URL : ..............................................................
Catatan : .........................................................
Nama Penuh: ................................................
Pengajian : ...................................................
Sesi : ..............................................................
Alamat Rumah : ...............................................
Alamat Sekolah : .............................................
Email : .........................................................
URL : ..............................................................
Catatan : .........................................................
Saturday, November 27, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Salam Pertemuan Sahabat-sahabatku
Setelah sekian lama kita menjelajah
ke ceruk rantau desa dan kota
jerih peritnya sudah terasa
kegagalan, kejayaan menyulam berita
Cikgu.. itulah status dan panggilan kita
hatta ke mana duduknya kita
beribu-ribu sudah anak murid kita...
membesar dan belajar di depan mata
ada yang sudah bekerja
ada juga yang terlena
bercucu sudah kita....
bila ramai yang sudah berkeluarga
itulah antara nikmat dan rahmat-Nya
Walau ke manapun kita
MPKTBR takkan dilupa
kerna di sini..
bertemunya kita
bercintanya kita
berpisahnya kita
namun nilai persahabatan takkan hilang di mata hati
Di sinilah titik perjalan kita bernama 'Cikgu Bertauliah'
ayuh kita juangkan ilmu
julangkan keluhuran pendidikan sejati
pemangkin generasi berdedikasi suci
akhlak tinggi beraspirasi
Salam pertemuan kembali
sahabat-sahabatku
Cikgu..
Justme, PPD Maran, Pahang
ke ceruk rantau desa dan kota
jerih peritnya sudah terasa
kegagalan, kejayaan menyulam berita
Cikgu.. itulah status dan panggilan kita
hatta ke mana duduknya kita
beribu-ribu sudah anak murid kita...
membesar dan belajar di depan mata
ada yang sudah bekerja
ada juga yang terlena
bercucu sudah kita....
bila ramai yang sudah berkeluarga
itulah antara nikmat dan rahmat-Nya
Walau ke manapun kita
MPKTBR takkan dilupa
kerna di sini..
bertemunya kita
bercintanya kita
berpisahnya kita
namun nilai persahabatan takkan hilang di mata hati
Di sinilah titik perjalan kita bernama 'Cikgu Bertauliah'
ayuh kita juangkan ilmu
julangkan keluhuran pendidikan sejati
pemangkin generasi berdedikasi suci
akhlak tinggi beraspirasi
Salam pertemuan kembali
sahabat-sahabatku
Cikgu..
Justme, PPD Maran, Pahang
Subscribe to:
Posts (Atom)