Pengumpulan Maklumat Personal Alumni ...

Semua lepasan Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit... Sila nyatakan perkara-perkara berikut bagi menyenangkan pengumpulan data... Sila emailkan data tersebut kepada quberscout@gmail.com
Nama Penuh: ................................................
Pengajian : ...................................................
Sesi : ..............................................................
Alamat Rumah : ...............................................
Alamat Sekolah : .............................................
Email : .........................................................
URL : ..............................................................
Catatan : .........................................................

Saturday, November 27, 2010

Kita bertemu kembali..

Salam kerinduan buat semua teman. Saya merupakan salah seorang pelajar MPKTBR 94/97. Hampir 15 tahun berlalu dan di sinilah kita bermula dan bertemu.
    Jika dilihat sekarang, ramai yang sudah berkeluarga dan anak pula sudah besar-belaka. Ada antara kita sudah diruang lingkup 'Guru Veteran'. Mengajar pula di serata ceruk rantau negara. Ada pula yang sudah menjadi pegawai, guru besar dan GPK. Ada yang telah beralih angin ke pekerjaan lain. Ada pula yang telah meninggalkan kita buat selamanya.
     Setelah keluar dari MPKTBR, memang kita betul-betul terpisah. Nak berhubungpun sukar. 15 tahun yang lalu, bukan sahaja tak ada email malah tiada telefon bimbit seperti sekarang ini. Ada ramai yang ke Sabah, Sarawak dan kawasan pendalaman. Kesusahan telah kita alami dan kini, stidaknya kita bersyukur dengan apa yang ada. Group 94/97 dulu merupakan kumpulan pertama menganggur selepas tamat Maktab. Hampir 4 bulan, belum posting. Saya sempat juga bekerja 3 bulan di Kilang Kereta Pekan. Sempat buat 25 unit pertama Lori HICOM. Sempat juga jadi leader di situ dan terima gaji hampir REM2000 sebulan..
     Bila posting, macam-macam cabaran yang kita hadapi. Ramai rakan-rakanku ke Sabah dan Sarawak. Kelas PM2 ramai yang ke utara.Begitulah perubahan yang berlaku. Syukurnya sekarang, kita dapat berhubungan lagi setelah adanya FACEBOOK. Barulah kita bertemu dan berhubungan kembali. Terubat kerinduan.
    Saya mengharapkan Blog Alumni MPKTBR ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk kita bersatu kembali dan mengikatkan kembali tali persaudaraan.

No comments: