Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 2989
8 Mac 2026M
18 Ramadan 1447H
Ahad
PEMIMPIN BERKESAN vs THE HERO PARADOX
Ramai pemimpin rasa mereka hebat apabila menjadi "pemadam api" untuk setiap masalah, sedangkan hakikatnya mereka sedang mencipta budaya pergantungan yang melumpuhkan pasukan.
Kalau semua perkara perlu melalui kita, itu tandanya kita bukan seorang pemimpin.
Kalau semua keputusan mesti datang daripada kita, itu bukan tanda kita hebat.
Itu tandanya pasukan kita tidak mempunyai ruang untuk berfikir.
Mungkin pada satu ketika, kita ingin sentiasa nampak diperlukan. Akhirnya, semuanya kita kawal. Sedar tak? Pasukan kita jadi takut salah. Takut ambil inisiatif. Takut membuat keputusan. Lalu kita kata pasukan kita kurang proaktif.
Sebenarnya, mereka telah terbiasa dikawal atau disuap. Kepimpinan bukan pusat segalanya. Kepimpinan itu membangunkan sistem yang tetap berjalan walaupun kita hanya diam.
Kenapa "Control Freak" Itu Merbahaya?
Apabila seorang pemimpin menjadi pusat kepada semua keputusan (bottleneck), dua perkara buruk akan berlaku:
Burnout Pemimpin: Kita akan letih mental kerana kapasiti otak manusia ada hadnya.
Lumpuh Kreativiti: Pasukan kita menjadi "robot" yang hanya menunggu arahan. Mereka hilang rasa ownership (rasa memiliki) terhadap kerja tersebut.
Kepimpinan adalah tentang membina sistem. Pemimpin yang berkesan sebenarnya adalah seorang Arkitek, bukannya seorang Operator.
Delegasi Bukan Sekadar Serah Tugas: Ia adalah penyerahan kuasa (empowerment).
Psikologi Selamat (Psychological Safety): Pasukan berani buat keputusan kerana mereka tahu kalau salah, mereka akan dibimbing, bukan dihukum.
Succession Planning: Pemimpin yang hebat melahirkan lebih ramai pemimpin, bukan lebih ramai pengikut.
Kalau kita rasa penat memimpin seorang diri, mungkin kerana pola delegasi kita yang salah. Buatlah refleksi terhadap pasukan sekarang sebelum rasa malas dan putus asa mula menguasai diri.
"Adakah organisasi kita akan terus berjalan lancar jika kita bercuti tanpa akses telefon selama sebulan?"
Jika jawapannya TIDAK, maka itu masanya untuk kita melihat semula cara kita memimpin. Kepimpinan bukan tentang seberapa kuat suara kita memberi arahan, tapi seberapa jauh impak kita kekal walaupun kita tiada di situ.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUASI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
No comments:
Post a Comment