Pengumpulan Maklumat Personal Alumni ...

Semua lepasan Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit... Sila nyatakan perkara-perkara berikut bagi menyenangkan pengumpulan data... Sila emailkan data tersebut kepada quberscout@gmail.com
Nama Penuh: ................................................
Pengajian : ...................................................
Sesi : ..............................................................
Alamat Rumah : ...............................................
Alamat Sekolah : .............................................
Email : .........................................................
URL : ..............................................................
Catatan : .........................................................

Sunday, February 1, 2009

Sejarah Penubuhan

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM KDRI) didirikan di atas kawasan seluas 64.192 ekar. Terletak kira-kira 25 kilometer ke utara bandar Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu. Bertempat di kawasan Wakaf Tengah, mukim Batu Rakit dahulunya merupakan kawasan paya yang diselang-seli dengan tanah rendah yang ditumbuhi oleh anak-anak kayu.
Kawasan ini dipersetujui dan diterima untuk dijadikan tapak IPGM oleh pihak-pihak yang berkenaan yang ketika itu Terengganu adalah di bawah pentadbiran Menteri Besar Allahyarham Ibrahim Fikri. Pampasan dibayar kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah.
Institut ini mula dibina pada tahun 1977 dan siap pada bulan Oktober 1980 di bawah rancangan pinjaman Bank Dunia dengan perbelanjaan keseluruhannya pada peringkat awal berjumlah $9.223 juta. Institut ini menduduki tempat kedua puluh enam dalam senarai institusi perguruan di negara ini.
IPGM adalah institut perguruan berasrama penuh yang dilengkapkan dengan kemudahan asas yang moden. Sistem pentadbiran institut ini bermula pada bulan Oktober 1980. Manakala pengambilan guru pelatih kumpulan pertama bagi sesi 1981/1983 bermula pada 4hb Mei 1981.
Mereka menjalankan kursus selama tiga tahun. Guru pelatih ini menjadi perintis berjumlah 189 orang yang menjalankan kursus perguruan asas tiga tahun. Mereka ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan yang dapat menampung seramai 720 orang guru pelatih.
Lima orang pensyarah perintis memulakan khidmat mereka sejak awal bulan Januari 1981 dan di tempatkan buat sementara waktu di Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu hingga akhir Februari 1981 sebelum berpindah ke IPGM Batu Rakit.
Urusan pentadbiran institut yang bermula pada Oktober, 1981 telah diuruskan oleh pegawai dan kakitangan institut. Pada bulan April 1982 dijalankan sepenuhnya oleh kakitangan institut yang berjumlah seramai 127 orang.
Diharapkan IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dapat melahirkan guru-guru yang berdedikasi untuk mendidik anak bangsa yang bakal menerajui kepemimpinan negara pada masa akan datang.

1 comment:

matsomherbs said...

SALAM PERKENALAN. MARI BISNES BERSAMA SAYA. SELAMAT BERBLOG.